VISI SMK JELAI

Hidup Biar Sihat


Wednesday, August 4, 2010

ISU-ISU DALAM SUKAN


1. Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan.

2. Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai oleh ahli-ahli politik dan sektor korporat.

3. Kuasa politik memberikan kesan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sukan peringkat dunia.Ia boleh mengakibatkan keretakan hubungan antara negara kerana perbezaan ideologi dan ia juga boleh merapatkan hubungan negara-negara serta mewujudkan integrasi nasional.

4. Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadi kerana perbezaan pendapat.Isu-isu yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun.

No comments:

Post a Comment